Tentang Kami

                Assalammualaikum dan Salam sejahtera Salam Perpaduan...terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan puan-puan kerana sudi melawat ke laman sawang kami ini. Untuk pengetahuan anda, syarikat kami ini telah di tubuhkan pada awal bulan November 2010. Syarikat ini baru didaftarkan dengan pihak kerajaan melalui SSM bagi memberi keyakinan kepada para pelanggan tentang kewujudan kami. Sebelum ini kami telah beroperasi selama 3 tahun melalui syarikat NJ Global Enterprise. 
                Kami menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan,majlis-majlis rasmi dan sebagainya. kami menumpukan perkhidmatan Emcee, Deejay Perkahwinan dan menyediakan peralatan siar raya ( PA System Audio).Selain itu juga kami menyediakan perkhidmatan bekalan peralatan elektrik & eloktronik terutama bidang IT & Teknologi.
        Kami berharap agar syarikat kami ini akan bertahan dengan lebih lama lagi dengan sokongan dan pandangan dari para pelanggan yang kami sayangi. Kami SEDIA memberikan perkhidmatan yang paling baik buat para pelanggan kami. Tanpa Anda Siapa Kami.
        Oleh itu, terima kasih sekali lagi untuk anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman sawang kami ini. Semoga anda terus setia bersama kami di SINAR JEMPOL ENTERPRISE. Selamat melayari di laman sawang kami......

Terima Kasih.

ADMIN
(SINAR JEMPOL ENT)